Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bermaksud program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkah laku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)
Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1, Akta Pelajaran 1961 menyebut:"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang lebih kurang sama dengan Pemulihan Khas.
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)
Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1, Akta Pelajaran 1961 menyebut:"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang lebih kurang sama dengan Pemulihan Khas.
Murid Khas Bermasalah Pembelajaran
Menurut Bender (1996), murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang tidak dapat berfungsi secara optimum dalam aspek-aspek akademik dan tingkah laku. Mereka juga mempunyai gangguan emosi yang mungkin mempengaruhi aspek-aspek lain seperti komunikasi dan sebagainya menyebabkan pelajaran terjejas dan ketinggalan daripada kanak-kanak tipikal (normal). Murid bermasalah pembelajaran mempunyai kecelaruan dalam satu atau lebih dalam proses psikologikal termasuklah masalah memahami dan menggunakan bahasa, bertutur, menulis dan mengira (3M) serta mengalami ketidakupayaan persepsi, kerosakan dan ketidakfungsian otak, disleksia dan aphasia (IDEA,1990). Oleh itu, mereka memerlukan modifikasi strategi dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu mereka menguasai sesuatu kemahiran (Kementerian Pelajaran Malaysia,1991).
Kategori Murid Khas Bermasalah Pembelajaran
Slow Learner
(ketidakupayaan intelek/ lembam)
Murid yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas /kurikulum/di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah/objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah/rendah.
Ciri-ciri Murid Slow learner
|
|
Punca
|
|
Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tupuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif
(Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkah laku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkah laku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibu bapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.
Cerebral Palsy
Cerebral Palsy bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu tidak berupaya untuk mengawal kekejangan sebelum dan selepas kelahiran. Kamus perubatan pula mendefinisikan Cerebral Palsy ialah kerosakan kawalan dan koordinasi motor yang disebabkan oleh kerosakan otak. Secara umumnya Cerebral bermaksud ‘berlaku sesuatu pada otak’, Palsy bermaksud ‘masalah atau kelemahan dengan kawalan tubuh dalam melakukan pergerakan atau memposisikan badan’. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan disini bahawa Cerebral Palsy bermaksud ketidakupayaan menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan oleh kecederaan otak.